Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara sejarah silam dengan perkembangan personaliti di kalangan pelajar bandar dan luar bandar

Yahaya, Azizi and Ismail, Norimah (2004) Hubungan antara sejarah silam dengan perkembangan personaliti di kalangan pelajar bandar dan luar bandar. In: Seminar Antarabangsa Nilai Dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 Sept 2004, Hotel City Bayview, Langkawi.

[img] PDF (Fulltext)
127kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana hubungan di antara sejarah silam terhadap perkembangan personaliti di kalangan pelajar bandar dan luar bandar. Sejarah silam dikaji melalui soalselidik berdasarkan empat faktor yang didapati memberi pengaruh iaitu faktor keluarga, rakan, sekolah dan persekitaran. Personaliti yang dikaji ialah agresif, ekstroversi, intoversi, kritik diri dan sokongan. Sampel yang terpilih adalah secara rawak yang terdiri daripada 100 orang pelajar tingkatan empat dan lima yang berumur dalam lingkungan 16 dan 17 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai mewakili pelajar bandar dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Ulu Tebrau mewakili pelajar luar bandar. Hasil dapatan kajian rintis yang dijalankan ke atas Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti (II) mendapati tahap kebolehpercayaan (Alpha Croanbach) ialah 0.7. Data dianalisis menggunakan program SPSS Versi 10.0 untuk mencari kekerapan, peratus, min, Ujian T dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sejarah silam dengan perkembangan personaliti pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Sejarah silam, perkembangan personaliti, bandar dan luar bandar, keluarga, rakan, sekolah dan persekitaran. Personaliti yang dikaji ialah agresif, ekstroversi, intoversi, kritik diri dan sokongan.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2337
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Apr 2007 16:35
Last Modified:27 Jul 2017 04:32

Repository Staff Only: item control page