Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara konsep kendiri, motivasi dan gaya keibubapaan dengan pencapaian pelajar

Yahaya, Azizi and Nordin, Kamaliah and Boon, Yusof (2005) Hubungan antara konsep kendiri, motivasi dan gaya keibubapaan dengan pencapaian pelajar. In: International Conference On Learning and Motivation, 10-12 Sept 2005, City Bayview Hotel, Langkawi.

[img] PDF (fulltext)
134kB

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengetahui hubungan antara gaya keibubapaan, motivasi dan konsep kendiri akademik dengan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti gaya keibubapaan ibu bapa pelajar yang sering mereka amalkan. Jenis motivasi yang dominan di kalangan pelajar serta sama ada motivasi intrinsik atau ekstrinsik yang lebih mempengaruhi pencapaian pelajar juga dikenal pasti. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui tahap konsep kendiri akademik di kalangan pelajar.Sampel kajian terdiri daripada 216 orang pelajar tingkatan 4 di 3 buah sekolah menengah dalam daerah Johor Bahru. Kajian rintis telah dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan instrumen dengan menggunakan statistik Cronbach Alpha. Kebolehpercayaan intrumen yang didapati ialah 0.793 Beberapa pindaan telah bibuat ke atas item-item instrumen untuk meningkatkan kebolehpercayaannya. Analisis data dibuat secara deskriptif seperti min, peratus, sisihan piawai dan kekerapan sementara statistik inferensi seperti Korelasi Pearson serta kaedah regresi berganda digunakan unutk melihat hubungan antara faktor yang dikaji. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai tahap konsep kendiri akademik yang tinggi. Jenis motivasi yang dominan di kalangan mereka pula ialah motivasi ekstrinsik dengan min keseluruhan sebanyak 3.43 berbanding dengan min motivasi intrinsik sebanyak 3.39. Di samping itu, gaya keibubapaan yang sering diamalkan ialah gaya authoritatif. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan pada aras 0.01 antara konsep kendiri dengan pencapaian dengan nilai ‘r’ lemah iaitu 0.19. Hubungan antara gaya keibubapaan keseluruhan dengan pencapaian juga signifikan pada aras 0.01 dengan nilai 'r' 0.41. Hubungan antara jenis gaya keibubapaan authoritatif dengan pencapaian pula juga signifikan pada aras 0.01 dengan nilai 'r' 0.43. Bagi jenis authoritarian, hubungannya dengan pencapaian juga didapati signifikan pada aras 0.05 di mana nilai 'r' ialah 0.37. Gaya permisif pula mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian dan nilai 'r' nya sebanyak 0.35 pada aras 0.01. Walaubagaimanapun, tidak terdapat sebarang hubungan yang signifikan antara gaya kecuaian dengan pencapaian. Bagi motivasi pula, hasil kajian menunjukkan motivasi intrinsik menyumbangkan sebanyak 16.7 peratus kepada pencapaian pelajar, signifikan pada aras 0.05, sedangkan motivasi ekstrinsik tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Gaya keibubapaan, konsep kendiri akademik, pencapaian pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2332
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Apr 2007 11:32
Last Modified:29 Aug 2017 03:53

Repository Staff Only: item control page