Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan nilai minjaroes dan formula ‘3H’ dalam kurikulum PTV

Saleh, Zuhaila and Nordin, Mohd. Safarin and Saud, Muhammad Syukri Penerapan nilai minjaroes dan formula ‘3H’ dalam kurikulum PTV. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 5 . pp. 41-55. ISSN 2231-7376

[img] PDF - Published Version
274Kb

Abstract

Jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam pendidikan negara ini untuk menghasilkan tenaga manusia yang berkualiti. Namun, lambakan pekerja asing ke Malaysia masih berlaku. Perkara ini berlaku kerana sumber manusia yang ada kurang kualitinya. Sesebuah negara akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif baru dalam kegiatan sosioekonominya (Mustafa Dakian, 2009). Untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran dan lain-lain…tetapi dari segi nilai moral yang tinggi dan bertanggungjawab dalam kehidupan (mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam “Ucaptama Majlis Pelancaran Sambutan Harta Intelek Negara, Melaka International Trade Centre, Melaka, 3 Mac 2005”. Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) sedia ada hari ini lebih memfokuskan kepada menghasilkan tenaga manusia berkemahiran tinggi semata-mata. Elemen yang menjadi kepentingan dalam PTV adalah modal individu dan sering kali modal intelektual dan modal sosial dilupakan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah seiring dengan formula 3H (Heads On, Hearts On dan Hands On) bagi menjana modal insan yang memiliki minda kelas pertama serta personaliti unggul. Dalam konsep 3H, fokus diberikan kepada aspek pembangunan modal insan yang seimbang sama ada Minda, Jasmani, Rohani, Emosi dan Sahsiah (MINJAROES). Kurikulum PTV yang ideal perlu memasukkan unsur Minjaroes untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang. Pendidikan bukan untuk menghasilkan tenaga manusia untuk memenuhi pekerjaan semata-mata tetapi memiliki sifat daya saing, berakhlak dan bermoral tinggi. Artikel ini membincangkan tentang kepentingan penerapan nilai Minjaroes ke dalam kurikulum PTV untuk menghasilkan masyarakat dan modal insan yang berdaya saing dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:23011
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Mar 2012 04:58
Last Modified:04 Sep 2012 02:43

Repository Staff Only: item control page