Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Integrasi teknologi hijau dalam kurikulum pendidikan teknik dan vokasional (PTV)

Saibani, Siti Nor Syazwani and Nordin, Mohd. Safarin and Saud, Muhammad Sukri (2012) Integrasi teknologi hijau dalam kurikulum pendidikan teknik dan vokasional (PTV). Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 5 . pp. 11-19. ISSN 2231-7376

[img] PDF (Full Text) - Published Version
201kB

Abstract

Fenomena pemanasan global telah mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia. Suhu yang melampau telah memberi kesan yang negatif kepada flora, fauna, manusia dan bentuk muka bumi itu sendiri. Menyedari akibat daripada pemanasan global, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah mewujudkan satu kementerian baru iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada 9 April 2009. Selain itu, Dasar Teknologi Hijau turut dilancarkan. Teknologi hijau dijadikan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi baru yang menawarkan peluang yang banyak, potensi yang luas dan penjanaan ekonomi, inovasi dan kekayaan negara. Umumnya, pembangunan ekonomi dan pendidikan teknik dan vokasional (PTV) mempunyai hubungan yang sangat erat. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk memiliki 50% tenaga kerja mahir sekaligus melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi. Justeru itu, integrasi teknologi hijau dalam kurikulum PTV perlu dilaksanakan. Sebuah model kurikulum (Intagrated System for Workforce Education Curricula) telah diadaptasi dan diolah untuk dijadikan sebagai panduan pembangunan kurikulum PTV di Malaysia. Ia amat berguna dalam memastikan falsafah pendidikan negara dapat direalisasikan seiring dengan matlamat dasar teknologi hijau negara.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:23007
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Mar 2012 04:35
Last Modified:13 Oct 2017 12:19

Repository Staff Only: item control page