Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru

Elias, Emeliana and Sarju, Hussin and Zainudin, Mohd. Izyan Zuhaili and Kamarudin, Shamsul and Yahaya, Azizi (2012) Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Journal of Educational Psychology & Counseling, 5 . pp. 58-70. ISSN 2231-735X

[img]
Preview
PDF
238kB

Official URL: http://proedujournal.com/index.php?option=com_phoc...

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tingkatan 4 Sek Men Teknik Perdagangan Johor Bahru bagi membolehkan ia diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan empat gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Honey dan Mumford (1992) iaitu aktif, reflektif, teoris dan pragmatik. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui pencapaian akademik pelajar dan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Seramai 40 orang responden yang terlibat dalam kajian ini.Kajian ini berbentuk deskriptif dan inferansial dan data diperolehi dengan menggunakan soal selidik.Kaedah ujian deskriptif dan inferansi digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 4 Sek Men Teknik Perdagangan Johor Bahru paling banyak mengamalkan gaya pembelajaran reflektif. Hasil juga menunjukkan bahawa tidak terdapat sebarang hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran aktif, reflektif, teoris dan pragmatik dengan pencapaian akademik. Adalah diharapkan kajian ini akan dapat membantu pelajar dan guru khususnya dalam bidang pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka seharian.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:23002
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Mar 2012 03:55
Last Modified:13 Oct 2017 12:19

Repository Staff Only: item control page