Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik

Hamsari, Nurul Ain and Yahaya, Azizi (2012) Peranan motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik. Journal of Educational Psychology & Counseling, 5 . pp. 30-57. ISSN 2231-735X

[img]
Preview
PDF
332kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah. Seramai 291 orang pelajar di lapan buah sekolah menengah di daerah Kulai, Johor telah dipilih secara rawak berkelompok. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.948. Soal selidik berkaitan aspek motivasi pembelajaran dan sikap pelajar dibina sendiri dan diubahsuai berpandukan instrumen yang digunakan oleh penyelidik terdahulu dalam kajian-kajian lepas dan pendekatan psikologi bagi menyediakan pelbagai jenis soalan berdasarkan objektif kajian. Statistik deskriptif iaitu min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik serta tahap pencapaian akademik pelajar. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson digunakan pada aras signifikan 0.05 bagi mengetahui hubungan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, ujian-t juga digunakan untuk mengetahui perbezaan signifikan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap di kalangan pelajar sekolah mengikut lokasi tempat tinggal. Hasil kajian mendapati bahawa faktor matlamat merupakan faktor yang paling dominan dalam motivasi intrinsik, manakala faktor gred merupakan faktor yang paling dominan dalam motivasi ekstrinsik. Analisis korelasi Pearson mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian ini dalam usaha untuk meningkatkan motivasi pembelajaran dan pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:23001
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Mar 2012 03:47
Last Modified:13 Oct 2017 12:19

Repository Staff Only: item control page