Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai

Mat Nor, Norhasilah and Hamzah, Aspaniza and Junus, Nurul Farhana (2012) Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai. Journal of Educational Psychology & Counseling, 5 . pp. 12-29. ISSN 2231-735X

[img]
Preview
PDF
197Kb

Abstract

Ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar tingkatan Empat. Pemilihan sampel kajian ini berdasarkan semakan buku kedatangan kelas dan buku kehadiran sekolah. Soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian dan diedarkan kepada sampel. Para pelajar ini dipilih secara rawak mudah. Analisis kajian dibuat berdasarkan min dan peratusan dengan menggunakan perisian Statical Packages for the Social Science (SPSS) versi 19.0. Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 10 orang responden yang tidak termasuk dalam sampel kajian dan Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.849. Keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa punca utama berlakunya ponteng di kalangan pelajar ialah faktor rakan sebaya. Keputusan kajian menunjukkan faktor rakan sebaya merupakan faktor paling dominan yang mendorong pelajar ponteng sekolah. Kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor ponteng seperti faktor sikap pelajar, suasana sekolah, guru, rakan sebaya, keluarga dan media elektronik dengan pendapatan keluarga. Tahap faktor gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah secara keseluruhannya adalah berada pada tahap yang sederhana.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, gejala ponteng, pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:23000
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Mar 2012 03:39
Last Modified:30 Aug 2012 09:40

Repository Staff Only: item control page