Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan Aktiviti Ko-Kurikulum (Sukan) : Perbandingan di antara Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Akademik Harian

Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and Muthalib, Yusof and Yahaya, Noordin (2002) Keberkesanan Aktiviti Ko-Kurikulum (Sukan) : Perbandingan di antara Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Akademik Harian. In: International Conference on Education For All. Renaissance Palm Garden Hotel Putrajaya by Faculty of Education UKM, 1-2 October 2002..

[img] PDF (Fulltext)
96Kb

Abstract

ABSTRAK: Kegiatan sukan merupakan satu elemen penting ke arah pertumbuhan kecerdasan kendiri individu yang meliputi aspek fizikal, mental, sosial dan emosi yang di wajibkan di setiap sekolah. Oleh itu kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah berlakunya keberkesanan pendidikan kokurikulum di Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Akademik dari dimensi input, proses dan produk yang di perkenalkan oleh Stuffiebeam. Instrumen kajian adalah satu set soal selidik yang diberikan oleh penyelidik sendiri kepada 163 orang pelajar untuk mendapatkan data secara sistematik yang melibatkan Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Butterworth, Sekolah Menengah Tikam Batu dan Sekolah Menengah Kota Kuala Muda, Kedah. Segala data yang diperoleh dikumpulkan dan dikodkan seterusnya diproses dengan menggunakan program SPSS yang menjurus kepada angka peratus dan nilai min yang berpandukan kepada skala likert setuju, sangat setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Kajian yang dijalankan mendapati beberapa kelemahan-kelemahan pada bidangbidang tertentu. Penyelidik mencadangkan kepada pihak pengurusan sekolah agar memainkan peranan dengan lebih berkesan lagi. Adalah diharapkan apa yang dikemukakan ini menjadi satu panduan dan maklumat yang berguna lagi bermakna kepada pihak tertentu supaya memperbaiki manamana aspek yang wajar. Semoga usaha kita akan berjaya dan diberkati Allah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Keberkesanan Ko-Kurikulum, Akademik Harian, fizikal, mental, sosial dan emosi
Subjects:L Education > LA History of education
L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2290
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Apr 2007 01:31
Last Modified:01 Jun 2010 03:02

Repository Staff Only: item control page