Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kreativiti, Invensyen Dan Inovasi: Suatu Cadangan Matapelajaran Pada Peringkat Sekolah Menengah

Abd. Hamid, Mohd. Azhar and Mohd. Yusof, Sanitah and Khalid, Esa and A. Kassim, Othman (2003) Kreativiti, Invensyen Dan Inovasi: Suatu Cadangan Matapelajaran Pada Peringkat Sekolah Menengah. In: Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru. (Unpublished)

[img] PDF
276kB

Abstract

Kreativiti bukanlah suatu konsep yang bersifat konseptual dan teoritikal. Kreativiti boleh diterjemahkan secara konkrit menerusi produk konkrit. Ia juga boleh diterjemah secara konseptual seperti idea, konsep, metod, teori, hipotesis dan perkhidmatan. Aplikasi kreativiti untuk menghasilkan produk konkrit dan konseptual ini dikenali sebagai invensyen atau rekacipta. Invensyen akan mengalami proses modifikasi, adaptasi dan imitasi secara evolusi dan ia dinamakan inovasi. Inovasi menjadikan kreativiti dan invensyen bernilai dan boleh dipasarkan. Sasaran inovasi adalah kepada pengguna. Tarikan pasaran iaitu permintaan dan penawaran akan menjadikan inovasi suatu yang bersifat dinamik. Tidak hairanlah Guru dalam pengurusan dan pemasaran, Peter Drucker (1998) dalam bukunya On The Proffession of Management menyatakan bahawa persaingan pada abad ini memerlukan kreativiti dan inovasi sebagai kemampuan sesebuah organisasi untuk berjaya dan berdaya saing dalam dunia globalisasi. Malah kreativiti, invensyen dan inovasi amat penting kepada mana-mana organisasi dan negara di dunia untuk terus survive dan berdaya maju pada peringkat dunia. Justeru itu, dalam kepesatan ekonomi kreatif, invensyen dan inovasi harus diberi penekanan menyeluruh sejak di bangku sekolah lagi agar, Malaysia khususnya dapat bersaing dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan ekonomi dan sains dan teknologi. Jika kita perhatikan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan beberapa negara Asia seperti Korea Selatan dan Singapura memandang berat matapelajaran kreativiti, invensyen dan inovasi dalam sistem pendidikannnya. Saban tahun, negara-negara yang dimaksudkan akan menganjurkan pelbagai pertandingan Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan memperjelaskan mengapa pentingnya suatu kurikulum yang berkaitan dengan kreativiti dari sudut falsafah, matlamat dan objektif matapelajaran kreativiti, invensyen dan inovasi diberi penekanan dalam sistem pendidikan menengah di Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kreativiti, Invensyen, Inovasi
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2284
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:06 Apr 2007 04:08
Last Modified:30 Aug 2017 03:37

Repository Staff Only: item control page