Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kefahaman Kemahiran Mengukur Dan Kemahiran Mengenal Pasti Pemboleh Ubah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas Aliran*

Hassan, Habibah and Nordin, Shahrom (2003) Tahap Kefahaman Kemahiran Mengukur Dan Kemahiran Mengenal Pasti Pemboleh Ubah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Merentas Aliran*. In: Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru. (Unpublished)

[img] PDF
274kB

Abstract

Tahap kefahaman Kemahiran Proses Sains (KPS) di kalangan pelajar telah menarik perhatian penyelidik sebagai salah satu aspek penting yang perlu diberikan pertimbangan dan juga kajian. Dalam konteks kajian ini, hanya dua KPS sahaja yang dikaji iaitu kemahiran mengukur dan kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah. Seramai 300 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkataan empat pelbagai aliran dari lapan buah sekolah menengah di Daerah Muar telah terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang telah digunakan untuk menguji tahap kefahaman kemahiran mengukur dan mengenal pasti pemboleh ubah ialah Ujian Penilaian Kemahiran Proses Sains (UPKPS). Di dalam alat kajian ini terkandung 40 item berbentuk objektif yang disertai dengan empat pilihan jawapan dan maklumat latar belakang pelajar. Kebolehpercayaan alat kajian ini bernilai α = .69. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum dan minimum telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa markat min keseluruhan untuk kedua-dua kemahiran ialah 17.92 dan sisihan lazim 5.14. Daripada 20 item bagi setiap kemahiran mengukur dan mengenal pasti pemboleh ubah, markat min dan sisihan lazim masing-masing adalah 10.63., 3.47; 7.29, 2.71. Tahap kefahaman kemahiran mengukur dan kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah masing-masing adalah memuaskan (53.15%) dan sederhana (36.45%). Tahap kefahaman pelajar aliran sains bagi kemahiran mengukur dan kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah msing-masing adalah baik (63.90%) dan Sederhana (41.45%). Manakala pelajar bukan sains pula adalah sederhana (42.15%, 31.50%). Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kurangnya penekanan kepada aspek KPS dalam P&P Sains. Oleh itu penggunaan KPS perlu dipertingkatkan lagi supaya kurikulum pendidikan Sains dapat melahirkan masyarakat yang celik Sains dan Teknologi (S&T).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kemahiran Mengukur, Kemahiran Mengenal Pasti Pemboleh Uba
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2283
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:06 Apr 2007 04:04
Last Modified:29 Aug 2017 07:07

Repository Staff Only: item control page