Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaplikasian Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Daerah Kota Bahru, Kelantan

Hassan, Zainudin and Said, Hamdan and Omar, Jamilah and Hassan, Haslita (2006) Pengaplikasian Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Daerah Kota Bahru, Kelantan. In: Seminar TVE06, 09-10 Desember 2006, Hotel Sofitel Palm Resort Senai Johor. (Unpublished)

[img] PDF
306kB

Abstract

Kertas kerja ini meninjau pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran guru mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) di 20 buah sekolah menengah di daerah Kota Bharu, Kelantan. Objektif kajian ialah melihat sejauh mana pengaplikasian kemahiran berfikir sewaktu set induksi, penyampaian isi, melakukan amali, menutup pengajaran dan membuat penilaian pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran(P & P) yang berlaku di dalam kelas. Borang soal selidik dan diedarkan kepada 53 responden. Data dianalisis menggunakan SPSS 11.0 For Windows untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sewaktu set induksi, penyampaian isi, melakukan amali, menutup pengajaran dan membuat penilaian pengajaran berada pada tahap pengaplikasian yang tinggi dengan min 4.43. Hasil kajian menunjukkan seramai 96.46 % mengaplikasikan KBKK semasa set induksi, 80.43% semasa menyampaikan isi pelajaran, 96% semasa melakukan amali, 94.33% semasa menutup pengajaran dan 90.75% semasa membuat penilaian.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kemahiran Berfikir, Kemahiran Hidup Bersepadu
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2278
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:06 Apr 2007 03:44
Last Modified:20 Jun 2017 07:48

Repository Staff Only: item control page