Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Cara pelajar pendidikan teknik dan vokasional mempelajari kemahiran teknikal dengan menggunakan laman web (SWEB-Tech)

Tasir, Zaidatun and Yasak, Zurina (2006) Cara pelajar pendidikan teknik dan vokasional mempelajari kemahiran teknikal dengan menggunakan laman web (SWEB-Tech). In: Seminar TVE06, 09-10 Desember 2006, Hotel Sofitel Palm Resort Senai Johor. (Unpublished)

[img] PDF
268Kb

Abstract

Pembelajaran menerusi laman web atau atas talian kian mendapat tempat di sektor pendidikan di Malaysia. Ini terbukti apabila kerajaan memperuntukkan 10 buah komputer di setiap sekolah pada tahun 1992 dan seterusnya mencadangkan setiap sekolah mestilah mempunyai sebuah makmal komputer pada tahun 1998 hingga kini. Bermula dari perkembangan ini, komputer telah digunakan secara meluas sama ada di sekolah-sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi (IPT). Kini pembelajaran atas talian atau online learning semakin meluas penggunaannya selaras dengan perkembangan penggunaan internet di kalangan pelajar. Jika dilihat, laman web pendidikan di Malaysia banyak menjurus kepada pembelajaran bukan teknikal atau kemahiran. Ianya lebih memfokuskan kepada pembelajaran secara teori. Laman web menawarkan pembelajaran secara kendiri di mana pelajar boleh mempelajari sesuatu secara bersendirian malah berbincang dengan orang lain tanpa mengenalinya secara bersemuka. Di samping itu penggunaan elemen multimedia dapat membantu peningkatan pemahaman pelajar dalam menguasai sesuatu bidang. Data yang diperolehi dalam kajian ini diperolehi menerusi pemerhatian rakaman video dan rakaman skrin komputer. Data kualitatif yang diperolehi telah dianalisis secara pembentukan tema yang berkaitan. Seterusnya, kertas kerja ini akan membincangkan rasional pembangunan laman web berasaskan kemahiran (domain psikomotor) yang diberi nama sebagai SWEB-Tech. SWEB-Tech dibangunkan bagi membantu pembelajaran kemahiran Mendirisiap Teodolit di kalangan pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kertas kerja ini juga akan membincangkan mengenai cara bagaimana pelajar pendidikan teknik dan vokasional mempelajari kemahiran teknikal menerusi SWEB-Tech. Dapatan kajian ini akan dapat memberikan maklumat awalan kepada pengajar di IPT bagaimana teknologi boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran teknikal.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Laman Web (Sweb-Tech)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2277
Deposited By: Hj. Zainudin Hassan
Deposited On:06 Apr 2007 03:42
Last Modified:18 Apr 2012 10:18

Repository Staff Only: item control page