Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan dan keberkesanan perisian berdasarkan teori konstruktivisme dalam mempelajari konsep traffic sign, pengajian kejuruteraan awam

Surif, Johari and Ibrahim, Nor Hasniza and Arshad, Muhammad Yusof (2006) Pembangunan dan keberkesanan perisian berdasarkan teori konstruktivisme dalam mempelajari konsep traffic sign, pengajian kejuruteraan awam. In: Seminar TVE06, 09-10 Dec. 2006, Hotel Sofitel Palm Resort, Senai, Johor. (Unpublished)

[img] PDF
689Kb

Abstract

Sebuah perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dalam tajuk “Traffic Sign” telah dibina berdasarkan teori konstruktivisme dengan matlamat untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan mengisi kekurangan perisian pembelajaran yang berasaskan kurikulum kebangsaan dalam Bahasa Inggeris terutamanya bagi mata pelajaran kejuruteraan. Penekanan terhadap prinsip-prinsip pengajaran berteraskan teori konstruktivisme seperti penerokaan, permainan dan penyoalan yang melibatkan pembelajaran aktif menjadi fokus dalam pembangunan perisian ini. Model ADDIE telah dijadikan sebagai model pembangunan dengan menggunakan perisian gubahan Macromedia Flash MX 6.0 serta pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, video dan audio. Seramai 10 orang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik aliran Kejuruteraan Awam dan 2 orang guru bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam telah terlibat dalam kajian keberkesanan perisian. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan soal selidik berskala likert dan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science : Version 12.0) untuk mendapatkan keputusan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa perisian ini sangat berkesan digunakan sebagai alat pembelajaran tambahan bagi mengenalpasti tahap penguasaan pelajar bagi topik Isyarat Lalu Lintas.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK); pengajaran dan pembelajaran; mata pelajaran kejuruteraan; sekolah menengah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2271
Deposited By: Hj. Zainudin Hassan
Deposited On:06 Apr 2007 03:27
Last Modified:01 Jun 2010 03:02

Repository Staff Only: item control page