Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aspirasi pekerjaan para pelatih institut kemahiran mara (IKM) Johor Bahru terhadap latihan yg diikuti

Buntat, Yahya and Sharip, Faizah (2006) Aspirasi pekerjaan para pelatih institut kemahiran mara (IKM) Johor Bahru terhadap latihan yg diikuti. In: Seminar TVE06, 09-10 Desember 2006, Hotel Sofitel Palm Resort Senai Johor. (Unpublished)

[img] PDF
151Kb

Abstract

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti aspirasi pekerjaan para pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan instrument yang berbentuk soal selidik yang mengandungi 30 item soalan dan dibahagikan kepada 2 bahagian. Pengedaran soal selidik dilakukan sendiri oleh penyelidik. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS. Kaedah min digunakan sebagai cara penganalisaan bagi kajian ini. Hasil daripada kajian ini mendapati majoriti pelatih IKM Johor Bahru mempunyai aspirasi pekerjaan yang positif terhadap latihan yang diikuti. Pelatih-pelatih ini mempunyai keyakinan bahawa dengan latihan yang diikuti mereka akan dapat mengaplikasi kemahiran yang diperoleh untuk digunakan apabila bekerja nanti. Kebanyakan pelatih juga lebih berminat untuk bekerja sendiri dan mereka yakin dengan latihan yang diperolehi, peluang-peluang pekerjaan untuk mereka adalah lebih luas. Mereka juga berpendapat dengan latihan yang diikuti juga, dapat menepati kehendak mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2270
Deposited By: Hj. Zainudin Hassan
Deposited On:06 Apr 2007 03:25
Last Modified:01 Jun 2010 03:02

Repository Staff Only: item control page