Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Memenuhi Keperluan Modal Insan Melalui Latihan Berasaskan Ketrampilan (Lbk)

Selamat, Kandar and Minghat, Asnul Dahar (2006) Memenuhi Keperluan Modal Insan Melalui Latihan Berasaskan Ketrampilan (Lbk). In: Seminar TVE06, 09-10 Desember 2006, Hotel Sofitel Palm Resort, Senai Johor. (Unpublished)

[img] PDF (Full Paper)
38kB

Abstract

Perkembangan semasa pendidikan negara menampakkan perubahan daripada penekanan kecemerlangan berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata kepada yang lebih luwes; pencapaian seseorang daripada produk pendidikan dilihat perlu mencakupi pelbagai sudut sama ada akademik dan bukan akademik. Majikan mempunyai persepsi yang berbeza dan menetapkan bermacam syarat apabila mahu mengambil pekerja. Oleh itu pihak bertanggung jawab dalam melatih dan menyediakan modal insan perlu berhati-hati dalam membentuk kurikulum serta penailaiannya. Pendekatan latihan berasaskan keterampilan (LBK) dilihat dapat membantu untuk memenuhi keperluan semasa sebagai satu alternatif supaya tidak melihat pencapaian seseorang hanya berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja. Sebagai jalan keluar daripada sistem yang telah terlalu sinonim dengan ‘peperiksaan’ pastinya penerimaan masyarakat pastinya menyukarkan. Bagi mereka yang terlibat dalam penggubalan kurikulum dan pelaksanaan atau kalangan pendidik sendiri memperlihatkan tanda persetujuan atau penentangan terhadap pendekatan ini. Kertas konsep ini akan membincangkan mengapa perlu LBK dan aspek perlaksanaannya dalam usaha menyediakan modal insan kepada para pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2252
Deposited By: Nur Husna Abd Wahid
Deposited On:05 Apr 2007 09:31
Last Modified:30 Aug 2017 04:11

Repository Staff Only: item control page