Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran teknologi kejuruteraan: satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Batang Dalam, Perak Tengah dan Hilir Perak

Yahaya, Azizi and Hussin, Isyanuddin and Alias, Ahmad Zairi (2003) Permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran teknologi kejuruteraan: satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Batang Dalam, Perak Tengah dan Hilir Perak. In: National Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 Oct 2003, Puteri Pan-Pacific, Johor Bahru.

[img] PDF (Full text)
118kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan demi untuk meningkatkan kualiti pencapaian pelajar di masa hadapan. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan 121 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah sebagai sampel, meliputi semua pelajar tingkatan empat yang mengikuti mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di daerah Batang Padang, Tengah dan Hilir negeri Perak. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik berskala Likert yang mencapai tahap kebolehpercayaan tinggi iaitu alpha Cronbach 0.9366 setelah melalui suatu kajian rintis. Data diproses dengan menggunakan kaedah perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 10.0 dengan menghasilkan nilai peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian telah dapat mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar. Antaranya ialah pelajar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat ulangkaji di luar waktu persekolahan, peruntukkan masa serta persediaan awal untuk mempelajari mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah masih kurang mencukupi, sukar untuk mendapatkan bahan rujukan, keadaan fizikal bengkel yang tidak teratur dan selesa, kaedah pengajaran guru yang membosankan dan guru jarang memberi latihan atau ujian. Hasil kajian juga mendapati guru lewat mengembalikan hasil kerja, latihan dan ujian yang telah disemak kepada pelajar dan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru kurang jelas serta sukar untuk difahami oleh pelajar. Justeru disarankan agar guru serta pihak pentadbiran yang berkaitan lebih peka dengan tahap keberkesanan dan pelaksanaan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan, kualiti pencapaian, tahap keberkesanan dan pelaksanaan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2244
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Apr 2007 05:55
Last Modified:27 Jul 2017 04:02

Repository Staff Only: item control page