Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik N. Sembilan

Yahaya, Azizi and Abd. Karim, Shareeza and Yahaya, Nordin (2003) Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik N. Sembilan. In: National Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 Oct 2003, Puteri Pan-Pacific, Johor Bahru.

[img] PDF (Full text)
135kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini juga ingin mengenalpasti gaya pembelajaran yang manakah menjadi amalan pelajar atau yang paling dominan dengan pelajar ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Seramai 109 orang pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj, Kuala Kelawang, Jelebu, Negeri Sembilan dan Sekolah Datuk abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan telah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik adalah daripada Learning Styles Questionnaires Honey and Mumford (1992), yang mengandungi lapan puluh soalan telah digunakan untuk kajian ini. Bagi faktor rangsangan rakan sebaya, keluarga dan pengajaran guru telah disediakan tiga puluh soalan. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis ke atas 15 orang pelajar bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Nilai kebolehpercayaan yang telah diperolehi adalah 0.8867. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistic Package For Social Science (SPSS) For WINDOW release 10.0. Ujian korelasi pearson digunakan untuk menganalisis data dalam kajian hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Nilai pekali p di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar adalah p=0.1 hingga 0.5. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara dua pembolehubah tersebut. Kajian ini juga telah mendapati bahawa gaya pembelajaran yang menjadi amalan pelajar ialah gaya pembelajaran Reflektor diikuti dengan Teoris, Pragmatis dan akhir sekali ialah Aktivis. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara perbezaan gaya pembelajaran dengan latar belakang keluarga dan juga terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor rangsangan rakan sebaya, keluarga dan pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Gaya belajar, pencapaian akademik, reflektor teoris, pragmatis aktivis
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2243
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Apr 2007 05:39
Last Modified:29 Aug 2017 01:44

Repository Staff Only: item control page