Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Subjek Sains Komputer

Ahmad, Ibrahim and Aris, Baharuddin and Harun, Jamalludin (2004) Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Subjek Sains Komputer. In: Persidangan Antarabangsa Pertama UPSI-UPI, 9-10 August 2004, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img] PDF
69kB

Abstract

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) merupakan satu inovasi yang signifikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang seperti perubatan, kejuruteraan, sains komputer dan undang-undang. Masalah dunia sebenar akan dikemukakan kepada pelajar di mana ianya akan menjadi pemandu utama ke arah pembelajaran pelajar. Proses pembelajaran menggunakan kaedah ini nampaknya menunjukkan hasil penyelidikan yang memberangsangkan mengikut para penyelidik yang telah menggunakannya. Proses ini juga telah cuba diterapkan dengan penggunaan komputer sebagai satu wadah untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan signifikan. Beberapa model telah dicadangkan untuk membentuk satu proses yang kukuh ke arah pembangunan perisian multimedia berasaskan proses PBL ini. Ia turut mengaitkan ciri-ciri utama proses PBL dan teknik pembangunan perisian komputer. Proses penilaian formatif dan sumatif dalam mengumpul data kualitatif dan kuantitatif dijalankan untuk memastikan objektif yang ditetapkan akan dicapai. Kertas kerja ini bertujuan menerangkan proses pembangunan perisian multimedia berasaskan proses PBL dalam subjek sains komputer.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2238
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:05 Apr 2007 04:46
Last Modified:30 Aug 2017 08:56

Repository Staff Only: item control page