Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepentingan pemikiran dan amalan refleksi dalam pengajaran sains di kawasan luar bandar

Ibrahim, Nor Hasniza and Surif, Johari and Arshad, Muhammad Yusof (2006) Kepentingan pemikiran dan amalan refleksi dalam pengajaran sains di kawasan luar bandar. In: Annual Conference on Teacher Education, 6-8 Sept 2006, Kota Kinabalu, Sabah. (Unpublished)

[img] PDF
257kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pemikiran dan amalan refleksi dalam membantu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan di kawasan luar bandar. Kajian ini dilaksanakan dengan membandingkan pemikiran dan amalan refleksi semasa guru pelatih sains dengan setelah didedahkan dengan Model Pemikiran Refleksi. Responden kajian ini terdiri daripada 10 orang guru pelatih sains yang menjalani latihan mengajar selama enam minggu di sekolah sekitar Daerah Pontian dalam negeri Johor. Data dikumpulkan dengan menggunakan penulisan guru pelatih sains dalam ruangan refleksi kendiri yang terdapat pada buku persediaan mengajar, jurnal refleksi dan temu bual dengan responden. Data dianalisis menggunakan teknik analisis dokumen dengan berpandukan kepada kategori penulisan refleksi Hatton dan Smith serta piawaian persediaan bagi guru sains. Hasil dapatan mendapati majoriti pemikiran dan amalan refleksi guru pelatih sains dalam keadaan semasa berada pada tahap yang rendah dan hanya mampu merefleks pada perkara yang remeh-temeh. Namun begitu, setelah mendapat pendedahan kepada Model Pemikiran Refleksi, pemikiran dan amalan refleksi guru pelatih sains berjaya dianjakkan daripada tahap yang rendah kepada tahap yang lebih kritikal. Hal ini menunjukkan Model Pemikiran Refleksi berupaya membantu guru pelatih sains melaksanakan pemikiran dan amalan refleksi pada tahap yang tinggi sekali gus mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2234
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:05 Apr 2007 04:03
Last Modified:29 Aug 2017 06:47

Repository Staff Only: item control page