Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara lokus kawalan dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah teknik

Yahaya, Azizi and Zaiden, Abdul Razak and Ismail, Sharifudin and Abdul Rahman, Zanariah Hubungan antara lokus kawalan dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah teknik. In: unspecified. (Unpublished)

WarningThere is a more recent version of this item available.

[img] PDF (full text)
128kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Lokus Kawalan di kalangan pelajar-pelajar aliran Teknik dan aliran Vokasional, Sekolah Menengah Teknik Segamat. Di samping itu, hubungan antara Lokus Kawalan dengan pencapaian akademik pelajar juga dilihat. Perbezaan lingkungan Lokus Kawalan pelajar pula dikaji berdasarkan beberapa ciri-ciri demografi seperti kursus, jantina, pencapaian akademik dan sosio ekonomi. 85 orang pelajar aliran Teknik dan 67 orang pelajar aliran Vokasional telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Kajian rintis juga telah dijalankan ke atas 10 orang responden. Satu set soal selidik telah digunakan di dalam kajian ini. Perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 10.0 digunakan untuk mengenal pasti tahap Lokus Kawalan pelajar berdasarkan min. Kolerasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara Lokus Kawalan dengan pencapaian akademik pelajar. Ujian-T dan ANOVA sehala pula digunakan untuk melihat perbezaan Lokus Kawalan pelajar berdasarkan ciri-ciri demografi responden. hasil kajian bagi persoalan kajian pertama menunjukkan perbezaan peratusan yang kecil berkaitan Lokus Kawalan pelajar-pelajar aliran Teknik dan aliran Vokasional. Persoalan kajian kedua menunjukkan tidak terdapat hubungan antara Lokus Kawalan dengan pencapaian akademik. Bagi persoalan kajian ketiga, hasil menunjukkan tiada perbezaan Lokus Kawalan pelajar-pelajar yang berlainan kursus. Hasil kajian bagi persoalan kajian keempat menunjukkan tiada perbezaan Lokus Kawalan di kalangan pelajar yang berlainan jantina dan persoalan kajian kelima pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan Lokus Kawalan di kalangan pelajar-pelajar berlainan sosio ekonomi. Daripada hasil dapatan yang diperolehi, secara keseluruhannya tahap Lokus Kawalan tidak mempengaruhi pencapaian akademik dan ianya pula tidak dipengaruhi oleh ciri-ciri demografi pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Lokus Kawalan, pencapaian akademik demografi seperti kursus, jantina, pencapaian akademik dan sosio ekonomi.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2233
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Apr 2007 03:56
Last Modified:01 Jun 2010 03:01

Available Versions of this Item

Repository Staff Only: item control page