Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Bimbingan guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam latihan mengajar

Ramli, Jamaluddin and Sihes, Johari and Hamdan, Abdul Rahin and Ismail, Muainah (2006) Bimbingan guru pembimbing terhadap guru pelatih dalam latihan mengajar. In: Annual Conference on Teacher Education, 6-8 Sept 2006, Kota Kinabalu, Sabah. (Unpublished)

[img] PDF
128kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih terhadap bimbingan guru pembimbing semasa sesi latihan mengajar. Lapan puluh orang responden yang dipilih adalah terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti kursus tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam, Elektrik, Jentera dan Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Univesiti Teknologi Malaysia. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan guru pelatih telah mendapat bimbingan daripada guru pembimbing mereka daripada aspek persediaan mengajar, penyampaian serta penilaian isi pelajaran. Walau bagaimanapun, mereka kurang mendapat bimbingan untuk meningkatkan profesionalisme mereka sebagai seorang guru kelak. Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa guru-guru pembimbing yang dilantik telah memainkan peranan mereka sebagai pembimbing kepada guru pelatih. Sungguhpun begitu masih terdapat kelemahan bimbingan dari aspek peningkatan profesionalisme.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2232
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:05 Apr 2007 03:50
Last Modified:29 Aug 2017 06:48

Repository Staff Only: item control page