Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap minat, pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas Guru Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor

Hamdan, Abdul Rahim and Sihes, Ahmad Johari and Ramli, Jamaluddin and Ismail, Musa (2006) Tahap minat, pengetahuan dan kemahiran, latihan guru dan beban tugas Guru Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. In: Annual Conference on Teacher Education, 6-8 Sept 2006, Kota Kinabalu, Sabah. (Unpublished)

[img] PDF
194kB

Abstract

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dalam system pendidikan Negara merupakan satu usaha untuk memantapkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid-murid sekolah rendah. Namun setelah sekian lama pelaksanaannya, masih terdapat segelintir murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M di sekolah rendah malahan sehingga ke sekolah menengah. Oleh itu, program pemulihan khas diperkenalkan sebagai satu altenatif untuk membantu murid-murid dalam penguasaan 3M di sekolah rendah sebagai langkah pencegahan lebih awal. Calon guru program pemulihan khas adalah seorang yang sewajarnya berminat, berpengetahuan dan berkemahiran serta terlatih dalam bidang ini supaya pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Matlamatnya adalah untuk membantu menyelesaikan masalah murid dalam penguasaan 3M di peringkat sekolah rendah lagi. Satu kajian dijalankan untuk mengetahui sejauhmanakah tahap minat guru, pengetahuan dan kemahiran guru, latihan guru dalam bidang pemulihan khas dan beban tugas guru dalam melaksanakan program pemulihan khas di sekolah rendah. Sekolah Kebangsaan di daerah Pontian, Johor dipilih sebagai lokasi dan sampel kajian. Sebanyak 42 buah sekolah yang melaksanakan program ini telah diberikan borang soal selidik. Kajian rintis telah dijalankan kepada 10 orang guru di daerah Johor Bahru dan didapati kebolehpercayaannya ialah pada alpha .8801. Analisa data SPSS telah digunakan untuk mengetahuai kekerapan dan peratusan min. Dapatan kajian menunjukkan pada keseluruhannya tahap minat, pengetahuan dan kemahiran guru, latihan guru dan beban tugas guru di sekolah kebangsaan dalam daerah Pontian, Johor ialah pada tahap sederhana iaitu 59.07 % manakala faktor yang paling dominan di antara empat tahap di atas ialah tahap pengetahuan dan kemahiran guru iaitu 69.97 %.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2231
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:05 Apr 2007 03:44
Last Modified:29 Aug 2017 06:46

Repository Staff Only: item control page