Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan di antara regresi berganda dan regresi komponen utama dalam menganggar harga minyak sawit mentah

Ismail, Zuhaimy and Khamis, Azme (2003) Perbandingan di antara regresi berganda dan regresi komponen utama dalam menganggar harga minyak sawit mentah. In: Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke XI (UMS 2003), 2003, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

[img] PDF (Abstract)
271Kb

Abstract

Kertas ini membincangkan prestasi regresi berganda dan regresi komponen utama dalam menganggarkan harga minyak sawit mentah. Empat harga minyak yang dipertimbangkan sebagai pembolehubah tak bersandar iaitu harga minyak kacang soya (SBO), harga minyak kelapa (CNO), harga minyak isiruang sawit (KPO) dan harga minyak biji sawi (RSO). Data bulanan harga-harga minyak dari tahun 1983 hingga tahun 2002 yang melibatkan 246 cerapan telah dianalisis. Hasil analisis regresi berganda mendapati nilai R2 adalah 0.893 yang bermaksud bahawa sebanyak 89.3 peratus variasi dalam harga minyak sawit mentah dapat diterangkan secara bererti oleh pembolehubah tak bersandar SBO, RSO, PKO dan CNO. Diagnosis nilai VIP (faktor inflasi varians) telah dilakukan dan didapati wujud masalah multikolineariti diantara pembolehubah tak bersandar. Regresi komponen utama cuba diterapkan bagi mengatasi masalah multikolineariti. Dua komponen utama yang pertama telah dipilih yang mencakupi variasi sebanyak 99.09% variasi dalam harga minyak. Nilai R2 yang terhasil adalah 0.869, ia lebih rendah berbanding dengan regresi berganda. Beberapa ujian pencapaian prestasi telah dilakukan dan didapati prestasi regresi berganda adalah lebih baik berbanding dengan regresi komponen utama, walaupun wujud masalah multiko lineariti. Ini mungkin disebabkan oleh masalah multikolineariti yang berlaku tidak terlalu serius.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:regresi berganda, regresi komponen utama, multikolineariti, faktor injlasi varians, harga minyak sawit mentah
Subjects:Q Science
Divisions:Science
ID Code:22309
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:26 Mar 2014 08:58
Last Modified:07 Sep 2014 05:03

Repository Staff Only: item control page