Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kefahaman Dan Tahap Amalan Pembelajaran Secara Kontekstual Di Kalangan Guru Sains Luar Bandar

Ibrahim, Nor Hasniza and Surif, Johari and Mustapa, Mohd Sharir (2006) Kefahaman Dan Tahap Amalan Pembelajaran Secara Kontekstual Di Kalangan Guru Sains Luar Bandar. In: Annual Conference on Teacher Education, 6-8 Sept 2006, Kota Kinabalu, Sabah. (Unpublished)

[img] PDF
154Kb

Abstract

Pendekatan kontekstual telah digariskan sebagai salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sains. Penekanannya kepada pembelajaran bermakna iaitu isi pelajaran dikaitkan dengan kehidupan seharian secara eksplisit telah menarik minat penyelidik untuk meninjau kefahaman dan tahap amalan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru Sains di sekolah menengah luar bandar. Responden kajian merangkumi 10 orang guru Sains dan 300 orang pelajar yang mengambil subjek Sains iaitu melibatkan 10 buah sekolah di dalam daerah Pasir Mas. Data mentah yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 13.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman dan pelaksanaan guru terhadap pendekatan kontekstual adalah tinggi menurut persepsi guru manakala dari persepsi pelajar, tahap pelaksanaan pendekatan kontekstual di kalangan guru adalah sederhana.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2230
Deposited By: Hj. Zainudin Hassan
Deposited On:05 Apr 2007 03:40
Last Modified:01 Jun 2010 03:01

Repository Staff Only: item control page