Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Permasalahan di kalangan guru berkeluarga yang melanjutkan pelajaran di universiti

Sihes, Ahmad Johari and Hamdan, Abdul Rahin and Ramli, Jamaluddin and Yeop Kamarudin, Norazwa (2006) Permasalahan di kalangan guru berkeluarga yang melanjutkan pelajaran di universiti. In: Annual Conference on Teacher Education, 6-8 Sept 2006, Kota Kinabalu, Sabah. (Unpublished)

[img] PDF
136Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau permasalahan di kalangan guru yang telah berkeluarga dan melanjutkan pelajaran di universiti. Persoalan yang dikaji menyentuh aspek hubungan kekeluargaan, kewangan, pembelajaran, pengurusan masa, dan hubungan dengan masyarakat. Responden yang terlibat terdiri daripada 70 lelaki dan 30 perempuan. Instrumen kajian berbentuk soal selidik yang memuatkan item-item untuk mendapatkan maklumat mengenai latarbelakang responden dan persoalan kajian. Skala yang digunakan merupakan skala Likert. Berdasarkan hasil dapatan data yang dianalisis, menunjukkan bahawa responden mempunyai masalah dari aspek hubungan kekeluargaan, pembelajaran, pengurusan masa dan hubungan dengan masyarakat dalam tahap masalah sederhana rendah manakala masalah kewangan dalam tahap sederhana tinggi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2229
Deposited By: Hj. Zainudin Hassan
Deposited On:05 Apr 2007 03:37
Last Modified:01 Jun 2010 03:01

Repository Staff Only: item control page