Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Tingkatan 2 luar bandar

Surif , Johari and Ibrahim, Nor Hasniza and Kamaruddin, Meor Ibrahim (2006) Masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Tingkatan 2 luar bandar. In: Annual Conference on Teacher Education, 6-8 Sept 2006, Kota Kinabalu, Sabah. (Unpublished)

[img] PDF
167kB

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 sekolah luar bandar. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif. Instrumen yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah soal selidik berdasarkan kepada empat persoalan kajian iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, dan faktor persekitaran. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α = .93. Seramai 120 responden dipilih secara rawak yang merupakan pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah luar bandar di daerah Pontian, Johor. Analisis data dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) yang melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan, faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar berada pada tahap yang rendah dengan purata skor min masing-masing adalah 2.24 dan 2.29, manakala faktor pengajaran guru dan persekitaran berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan purata skor min 4.00 dan 3.90. Secara keseluruhannya, ini menunjukkan masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah disebabkan masalah bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2228
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:05 Apr 2007 03:32
Last Modified:29 Aug 2017 06:49

Repository Staff Only: item control page