Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Punca, Risiko Merokok Dan Sumbangan Merokok Terhadap Penagihan Bahan. Satu Kajian Di Pusat Giat Mara Bukit Payong, Marang, Trengganu

Ahmad, Roslee and Mustafa, Mohd. Shariff (2006) Kajian Punca, Risiko Merokok Dan Sumbangan Merokok Terhadap Penagihan Bahan. Satu Kajian Di Pusat Giat Mara Bukit Payong, Marang, Trengganu. In: Annual Conference on Teacher Education, 6-8 Sept 2006, Kota Kinabalu, Sabah. (Unpublished)

[img] PDF
132kB

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti punca, risiko merokok dan sumbangan terhadap penagihan bahan dikalangan perokok. Aspek punca dilihat daripada faktor hubungan sosial dan faktor persekitaran. Manakala aspek risiko dilihat daripada faktor kebergantungan dan faktor kesihatan. Di samping itu, faktor sumbangan terhadap ketagihan turut di kaji. Soal selidik dalam kajian ini dicipta oleh pengkaji. Soalselidik ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian A merupakan latarbelakang responden manakala bahagian B pula mengandungi 5 komponen iaitu komponen faktor hubungan sosial, komponen faktor persekitaran, komponen risiko kebergantungan, komponen risiko kesihatan dan komponen faktor sumbangan terhadap ketagihan bahan. Keputusan kajian rintis seramai 15 orang di Pusat Giat Mara Ketengah, Terengganu ialah 0.86 alpha cronbach. Pengkaji telah melaksanakan kajian sebenar di Pusat Giat Mara Bukit Payong, Terengganu dengan memilih keseluruhan populasi iaitu seramai 73 orang responden dalam kajian ini. Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan kaedah deskriptif iaitu peratusan. Dapatan turut menunjukan 53.43% responden menyatakan punca merokok di sebabkan oleh hubungan sosial, 60.54% responden tidak bersetuju punca merokok di sebabkan oleh faktor persekitaran, 66.33% responden bersetuju risiko kebergantungan mempengaruhi seseorang untuk merokok, 64.96% responden bersetuju risiko kesihatan mempengaruhi seseorang untuk merokok dan 67.34% responden tidak bersetuju merokok menyumbang terhadap penagihan bahan. PENGENALAN Tabiat merokok merupakan suatu fenomena masyarakat di mana kewujudannya boleh ditafsir dari pelbagai aspek. Antaranya adalah aspek hubungan sosial, persekitaran, risiko kebergantungan, risiko kesihatan dan lain-lain lagi. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat samada di kampung, bandar dan sebagainya. Dari aspek sosiobudaya, masyarakat menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup, iaitu merokok dijadikan ukuran status kedewasaan, kematangan dan kesediaan memikul tanggungjawab khususnya di kalangan orang lelaki.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2226
Deposited By: Zainudin Hassan
Deposited On:05 Apr 2007 03:28
Last Modified:29 Aug 2017 06:44

Repository Staff Only: item control page