Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Guru Terhadap Profesion Perguruan Masa Kini

Hamdan, Abd Rahim and Sihes, Johari (2006) Persepsi Guru Terhadap Profesion Perguruan Masa Kini. In: Seminar JPPG, Kota Kinabalu Sabah.. (Unpublished)

[img] PDF
144Kb

Abstract

Sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa pelbagai masalah dan perkara yang negatif. Tidak kiralah mengenai sistem pengurusannya atau mengenai guru itu sendiri. Persoalannya, mungkinkah fenomena ini memberi kesan yang negatif atau sebaliknya ke atas tanggapan guru yang sememangnya terlibat secara langsung dalam profesion perguruan. Untuk itu, satu kajian tinjauan telah dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui persepsi guru itu sendiri terhadap profesion perguruan masa kini. Seramai 100 orang responden yang terdiri daripada guru yang mengajar di tiga buah sekolah menengah di daerah Pasir Mas dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Keputusan kajian mendapati bahawa guru - guru memandang tinggi akan profesion perguruan pada masa kini dari segi komitmen tugas, dan sumbangan yang telah di berikan. Tetapi guru menganggap bahawa beban tugas guru kini semakin bertambah. PENGENALAN Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik., tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2223
Deposited By: Miss Nur Husna Abd Wahid
Deposited On:05 Apr 2007 03:14
Last Modified:01 Jun 2010 03:01

Repository Staff Only: item control page