Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi pelajar terhadap Problem-Based Learning (PBL)

Kamaruddin, Meor Ibrahim and Zynuddin, Siti Nadya Persepsi pelajar terhadap Problem-Based Learning (PBL). UNSPECIFIED . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
81Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi terhadap pendekatan pembelajaran secara Problem-Based Learning dalam kalangan pelajar-pelajar tahun akhir aliran Sains Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pandangan pelajar terhadap pembelajaran secara PBL bagi enam kategori iaitu gaya pembelajaran secara PBL, kerjasama dan komunikasi antara kumpulan dan fasilitator, kemahiran menyelesaikan masalah, komitmen terhadap gaya pembelajaran PBL, kebolehan PBL dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta sikap dan minat terhadap PBL. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap PBL bagi keenam-enam kategori adalah positif.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:22017
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Jan 2012 04:21
Last Modified:01 Feb 2012 07:34

Repository Staff Only: item control page