Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaporan kewangan menerusi internet: persepktif teori kontingensi

Ali Khan, Mohd. Noor Azli and Ismail, Noor Azizi (2009) Pelaporan kewangan menerusi internet: persepktif teori kontingensi. Jurnal Kemanusiaan (14). pp. 68-84. ISSN 1675-1930

[img] PDF (Full Text) - Published Version
Restricted to Repository staff only

126kB
[img] HTML - Published Version
123kB

Abstract

Penyelidikan terhadap pelaporan kewangan menerusi Internet (PKMI) merupakan satu bidang yang amat penting untuk diselidiki. Hasil penelitian ulasan karya lepas menunjukkan bahawa penyelidikan PKMI boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama: kajian satu negara, kajian beberapa negara dan kajian peringkat antarabangsa. Secara metodologi pula, penyelidikan PKMI boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan, iaitu: kajian deskriptif, kajian perbandingan dan kajian penerokaan. Artikel ini cuba mengkaji berkemungkinan bahawa faktor kontingensi boleh dilihat sebagai salah satu faktor penentu yang mempengaruhi praktis PKMI oleh syarikat. Antara faktor kontingensi yang dijangka mempengaruhi praktis PKMI ialah risiko, teknologi dan strategi pelaporan. Model kontingensi sistem pelaporan kewangan korporat sepertimana diutarakan oleh Thomas (1991) digunakan sebagai asas untuk mencadangkan kerangka kerja penyelidikan yang berkaitan PKMI. Justeru, selain karakter spesifik syarikat, faktor kontingensi dilihat turut berupaya mempengaruhi praktis PKMI dan ini memerlukan pembuktian secara empirikal.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor kontingensi, karakter spesifik syarikat dan pelaporan kewangan menerusi Internet.
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HG Finance
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:22008
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:09 Feb 2012 08:58
Last Modified:21 Nov 2013 07:09

Repository Staff Only: item control page