Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan kualiti udara ke atas nilai hartanah kediaman

Kamarudin, Norhaya and Daud, Dzulkarnian @ Dzulkarnain and Sipan, Ibrahim @ Atan and Daud, Zulkifli (1998) Kesan kualiti udara ke atas nilai hartanah kediaman. Project Report. Faculty of Geoinformation Science and Engineering, Skudai, Johor. (Unpublished)

[img] PDF (Full text)
9MB

Official URL: https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&so...

Abstract

Boleh dikatakan di setiap negara membangun mengalami masalah pencemaran udara. Ini merupakan satu fenomena yang berlaku seiring dengan pembangunan yang tidak terkawal di sesebuah negara. Keadaan ini boleh mengakibatkan kesan negatif ke atas kesihatan dan juga elemen-elemen lain di atas muka bumi ini termasuklah binaan bangunan. Di negara barat, keadaan ini telah menyebabkan beberapa usaha telah dijalankan untuk mengkaji sejauh manakah orang ramai mengambilkira keadaan persekitaran yang tercemar dalam membuat keputusan untuk membeli hartanah kediaman dan menetap di kawasan tersebut. Kajian yang dibuat telah memberi implikasi kepada bidang penilaian di negara-negara barat terutamanya di Amerika Syarikat. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa kualiti udara memberikan kesan negatif terhadap nilai modal dan nilai sewa hartanah kediaman. Kajian ini ingin mengenalpasti kesan atau hubungan yang wujud antara kualiti udara dan nilai hartanah kediaman. Hasil analisis yang telah dijalankan menunjukkan bahawa sememangnya kualiti udara memberi kesan negatif terhadap nilai hartanah kediaman (teres dua tingkat) di kawasan kajian walau pun kesanya hanya sedikit. Kajian juga menunjukkan bahawa kualiti udara bukanlah faktor utama yang dipertimbangkan didalam penilaian harta tanah.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:Real estate development; housing; air quality; Malaysia
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Geoinformation Science And Engineering
ID Code:22
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:29 Jan 2007 05:12
Last Modified:12 Sep 2017 08:43

Repository Staff Only: item control page