Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

PEMBANGUNAN TANAH WAKAF- ISU, PROSPEK DAN STRATEGI

Megat Abdul Rahman, Megat Mohd. Ghazali and Othman, Asiah and Salamon, Hussain and Nor Muhammad, Nasrul Hisyam PEMBANGUNAN TANAH WAKAF- ISU, PROSPEK DAN STRATEGI. In: UNSPECIFIED.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

97kB

Abstract

Isu tanah wakaf terbiar dan tidak dibangunkan bukanlah suatu isu yang baru. Permasalahan ini kerap dihadapi oleh setiap pemegang amanah tanah wakaf di negara ini. Faktor-faktor yang menyebabkan ia tidak diusaha dan dibangunkan juga telah diketahui umum. Walaupun ada di antaranya telah dibangunkan, namun ia hanya terhad kepada pembinaan masjid, sekolah-sekolah agama dan tanah perkuburan. Ini menyebabkan institusi wakaf di negara kita gagal menjana pendapatan yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam di Malaysia. Oleh itu satu pendekatan dan strategi baru perlu difikirkan bagi membentuk satu sistem pentadbiran yang tersusun dan cekap, berupaya menggunapakai teknologi maklumat yang mampu membekalkan data terkini berhubung dengan inventori tanah wakaf di sesebuah negeri di samping satu dimensi baru tentang tanah wakaf sebagai satu kekuatan ekonomi yang terpendam, perlu diterapkan bagi mengubah persepsi masyarakat Melayu tentang amalan wakaf yang bersifat konvensional. Melalui kertas kerja ini, beberapa strategi pembangunan dicadangkan dan diharap pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil inisiatif segera untuk mengatasi beberapa isu berkaitan pembangunan tanah wakaf ke arah pengeksploitasian sepenuhnya bagi kemajuan ekonomi ummah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
ID Code:2197
Deposited By: Dr Asiah Othman
Deposited On:27 Aug 2017 07:44
Last Modified:27 Aug 2017 07:44

Repository Staff Only: item control page