Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap motivasi dengan pencapaian akademik pelajar

Mei, Hee Jee and Mohamad Yusuff , Siti Liyana Tahap motivasi dengan pencapaian akademik pelajar. UNSPECIFIED . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
9Kb

Abstract

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan deskriptif. Alatan kajian ini terdiri daripada soal selidik tertutup skala likert 5-mata untuk mengukur tiga konstruk motivasi tersebut di atas. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science 15 (SPSS 15) menggunakan kekerapan, peratus, min dan korelasi pearson-r. Dapatan kajian menunjukkan motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan regulasi kendiri adalah tinggi. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik dengan pencapaian akademik. Namun begitu, didapati terdapat hubungan yang lemah tetapi signifikan antara tahap regulasi kendiri dengan pencapaian akademik. Ini menunjukkan walaupun tahap motivasi pelajar berada pada tahap tinggi, tetapi tahap motivasi mereka tidak mempunyai kaitan dengan pencapaian akademik.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:21933
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:30 Jan 2012 06:48
Last Modified:31 Jan 2012 01:12

Repository Staff Only: item control page