Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sahsiah pelajar lelaki lembut : suatu persepsi staf dan pelajar wanita UTM Skudai, Johor

Abd. Rahman, Azmi (2005) Sahsiah pelajar lelaki lembut : suatu persepsi staf dan pelajar wanita UTM Skudai, Johor. In: Persidangan Psikologi Malaysia, 2005, Sabah.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian kes di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sahsiah pelajar lelaki lembut dari aspek personaliti, gaya hidup dan penghargaan kendiri. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat persepsi pelajar bukan lembut dan staf UTM terhadap kewujudan pelajar lelaki lembut di kampus. Untuk tujuan itu satu tinjauan menggunakan soal selidik telah dijalankan ke atas 125 orang pelajar lelaki lembut, 500 orang pelajar bukan lembut dan 460 orang staf di UTM. Set soal selidik untuk pelajar lelaki lembut mengandungi maklumat berkaitan dengan demografi, personaliti, gaya hidup dan penghargaan kendiri. Kaedah analisis deskriptif menggunakan perisian SPSS Version 10.0 digunakan bagi menghurai data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki lembut memiliki personaliti jenis ESFJ (Pemberi perlindungan) dan ESFP (Pelaksana). Dapatan juga menunjukkan tahap gaya hidup pelajar lelaki lembut adalah tinggi (peratus). Ini bermakna golongan pelajar ini mengamalkan gaya hidup seperti wanita dan kehidupan mereka. Bagaimanapun, keseluruhan pelajar lelaki lembut didapati mempunyai tahap penghargaan kendiri yang tinggi (peratus). Kehadiran pelajar lelaki lembut di UTM dipandang negatif oleh pelajar bukan lembut dan staf UTM kerana golongan ini boleh mempengaruhi pelajar lain dan imej universiti. Namun begitu, pelajar–pelajar dan staf berpandangan positif bahawa masalah ini masih boleh dibendung daripada terus berleluasa di kampus UTM, Skudai.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:sahsiah pelajar lelaki lembut, personaliti, gaya hidup, penghargaan kendiri, persepsi, kampus UTM Skudai
Subjects:?? HD77 ??
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:21676
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:07 Feb 2017 06:56
Last Modified:28 Aug 2017 04:46

Repository Staff Only: item control page