Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap keyakinan kemahiran generik di kalangan pelajar kolej komuniti

Nordin, Mohd. Safarin (2005) Tahap keyakinan kemahiran generik di kalangan pelajar kolej komuniti. In: Tiada Maklumat, 2005, UTM.

[img]
Preview
PDF
122Kb

Abstract

Setiap tahun kebanyakan pusat pengajian tinggi dan pusat latihan kemahiran menghasilkan para pelajar yang diperakukan telah mencapai tahap kelayakannya bagi membolehkan mereka ini menceburi alam pekerjaan mengikut bidang dan minat masing-masing. Namun begitu, perangkaan pasaran buruh menunjukkan bahawa keluaran institusi pengajian dan latihan tinggi tempatan khususnya di IPTA masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meski pun keluaran sesuatu kumpulan pekerja itu melebihi daripada permintaan para majikan. Antara faktor utama berlakunya fenomena ini adalah kerana graduan yang dihasilkan masih tidak dapat memenuhi kehendak majikan masa kini. Perkembangan dunia masa kini dan dalam era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal atau “hard skills” sahaja tetapi juga kepada kemahiran generik atau “soft skills” agar pekerja mereka dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki “multi skills”. Menyedari akan hakikat tersebut, kertas kerja ini mengemukakan hasil kajian yang telah dijalankan terhadap tahap keyakinan kemahiran generik di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. Antara elemen kemahiran generik yang dikaji adalah kemahiran komunikasi dan kemahiran teknologi maklumat. Sampel kajian terdiri daripada pelajar semester empat dari pelbagai kursus di Kolej- kolej Komuniti di Semenanjung Malaysia. Soal selidik digunakan sebagai instrument kajian dan data yang dikumpulkan dianalisa dengan menggunakan peratusan dan min bagi mengukur tahap keyakinan kemahiran generik responden. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati tahap keyakinan kemahiran generik pelajar pelajar Kolej Komuniti dalam elemen komunikasi dan teknologi maklumat berada ditahap sederhana sahaja. Oleh yang demikian telah dicadangkan beberapa pendekatan yang boleh diambil oleh pihak-pihak tertentu khususnya Bahagian Pengurusan, Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi bagi memperbaiki tahap kemahiran generik pelajar- pelajar mereka dalam konteks pengurusan Kolej dan kurikulum kursus.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:21660
Deposited By: Liza Porijo
Last Modified:20 Jan 2012 01:43

Repository Staff Only: item control page