Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penulisan kreatif sebagai penyumbang kepada membudayakan kretiviti pelajar bersandarkan teknologi di KUKTEM - satu pemangkin kepada pelaksanaan soft skills

Tahir, Ida Rizyani and Hashim, Haslinda (2006) Penulisan kreatif sebagai penyumbang kepada membudayakan kretiviti pelajar bersandarkan teknologi di KUKTEM - satu pemangkin kepada pelaksanaan soft skills. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
67kB

Abstract

Kemahiran komunikasi adalah merupakan salah satu elemen di dalam kemahiran Soft Skills bagi memastikan graduan berketrampilan tinggi. Pelajar yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dianggap cemerlang kerana dapat menyampaikan maklumat dengan lebih efektif. Berkomunikasi secara lisan (oral communication) mahupun secara penulisan (written communication) merupakan antara elemen Soft Skills yang diutamakan di KUKTEM. Seringkali kita mendengar kritikan mengenai pelajar kejuruteraan yang tidak mampu melahirkan idea-idea bernas melalui penulisan kerana mereka lebih terdedah kepada kemahiran hands on. Menyahut cabaran kritikan tersebut, subjek ko kurikulum penulisan kreatif diwujudkan di KUKTEM dan ianya berperanan untuk membantu pelajar berkongsi idea dan memberikan ruang kepada pelajar untuk menjadikan minat mereka untuk menulis sebagai langkah kepada peluang keusahawanan di masa akan datang .Di sinilah pengurusan kreativiti berasaskan teknologi memainkan peranannya. Kertas ini akan membincangkan tentang penulisan kreatif sebagai penyumbang kepada kreativiti pelajar dengan lebih terperinci. Penulisan kreatif memberikan ruang kepada pelajar untuk meluahkan idea secara objektif dan dapat meningkatkan tahap motivasi pelajar di dalam pembentukan personaliti. Elemen-elemen seperti memotivasikan diri (self motivation), pembentukan diri (self development), keyakinan diri (self confidence) dan kepuasan diri (self satisfaction) dipercayai dapat menjadi faktor penyumbang ke arah pembentukan sahsiah pelajar untuk menangani pelbagai cabaran dunia masa kini. Peranan kemahiran menulis secara kreatif ini juga diharapkan akan membantu bakal graduan KUKTEM untuk menjadi lebih kritis kepada persekitaran apabila mereka memasuki alam pekerjaan kelak.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Soft skills; penulisan kreatif; pengurusan kreativiti
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:213
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 07:02
Last Modified:12 Jun 2017 02:45

Repository Staff Only: item control page