Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor Penggunaan Komputer Dan Kaitannya Dengan Kesediaan Mengikuti Pembelajaran Dalam Talian Di Kalangan Pelajar Sarjana

Tasir, Zaidatun and Harun, Jamalludin and Lim, Ser Yen (2006) Faktor Penggunaan Komputer Dan Kaitannya Dengan Kesediaan Mengikuti Pembelajaran Dalam Talian Di Kalangan Pelajar Sarjana. Jurnal Teknologi E (44E). pp. 75-91. ISSN 0127-9696

[img] PDF
503kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/44/E/JTJu...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor penggunaan komputer, iaitu sikap, kecelikan, dan kemudahan komputer di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Daripada tiga faktor tersebut, kajian ini ingin mengenal pasti faktor penggunaan komputer yang paling utama di kalangan pelajar. Selain itu, kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian turut dikaji. Kajian ini juga menguji sama ada wujudnya korelasi yang signifikan antara faktor-faktor penggunaan komputer dengan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data-data tersebut. Analisis deskriptif dan ujian korelasi Pearson dua arah pada aras á = 0.01 telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersikap positif (min = 3.29), mempunyai kecelikan komputer yang sederhana (min = 2.59), dan berpendapat bahawa kemudahan komputer di tempat pengajian adalah tidak mencukupi (min = 2.64). Daripada tiga faktor yang dikaji, sikap (min = 3.29) merupakan faktor penggunaan komputer yang utama di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan. Pelajar juga didapati belum bersedia dengan secukupnya untuk mengikuti pembelajaran dalam talian (min = 2.93). Walau bagaimanapun, terdapat korelasi yang sederhana dan rendah antara sikap (r = 0.385) dan kecelikan (r = 0.267) penggunaan komputer dengan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Kemudahan komputer di tempat pengajian (r = 0.415) pula mempunyai korelasi yang sederhana dengan kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pembelajaran dalam talian, pembelajaran elektronik, pembelajaran berkomputer, faktor penggunaan komputer, kesediaan penggunaan komputer
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:2107
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:23 Mar 2007 07:53
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page