Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengajaran mikro terhadap kemampuan guru pelatih

Ahmad Zanzali, Noor Azlan and Abd Wahab, Norzawati Pengajaran mikro terhadap kemampuan guru pelatih. UNSPECIFIED, 4 . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
50Kb

Abstract

Matlamat kajian ini adalah berpandukan kepada empat objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti tahap kemahiran penulisan rancangan pengajaran, tahap kemahiran penyampaian pengajaran, tahap menyediakan bahan bantu mengajar dan yang terakhir peranan kelas pengajaran mikro dalam membantu pelajar semasa menjalani latihan mengajar. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian melibatkan 80 orang guru pelatih 3 SPC, 3 SPF, 3 SPM dan 3 SPN. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan Perisian Window Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0. Kajian ini menggunakan ujian statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat objektif yang dikaji mempunyai min yang tinggi dan yang paling tinggi adalah kemahiran menyediakan bahan bantu mengajar.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:21001
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Jan 2012 05:39
Last Modified:03 Jan 2012 09:06

Repository Staff Only: item control page