Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Majalah matematik berasaskan web

Ismail, Zaleha and Ismail, Norulhuda Majalah matematik berasaskan web. UNSPECIFIED, 4 . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
85Kb

Abstract

Sistem MOODLE ini dianggap sesuai kerana rekabentuknya berasaskan Sosial Konstruktivisme yang menggariskan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan pelajar membina sendiri pengetahuan baru berdasarkan pengalaman lepas. Kuiz yang dibangunkan bagi lima keluaran pertama adalah ditumpukan kepada sukatan pelajaran Menengah Rendah bagi tajuk Algebraic Expression (III) dan Linear Equations (II) dan untuk Menengah Atas tajuk Quadratic Expression and Equations dan Probability I. Kuiz yang dibangunkan adalah berbentuk aneka pilihan dengan setiap pilihan jawapan disediakan maklumbalas yang menarik. Pilihan jawapan serta maklumbalas yang diberikan adalah berdasarkan kepada kesilapan lazim serta miskonsepsi yang mungkin berlaku dalam diri pelajar dan berfungsi untuk membantu pelajar memperbetulkan kesilapan mereka. Ia juga menyediakan rekod penyertaan dan gred pelajar secara automatik. Kuiz ini diberi had masa untuk pelajar menjawabnya. Artikel bagi mengisi ruangan Pelajari Matematik juga telah ditulis menggunakan perisian terbuka Joomla Versi 1.5. Tujuan utama artikel dibangunkan adalah untuk membantu pelajar memantapkan lagi kaedah mempelajari subjek Matematik di sekolah.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:20998
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:03 Jan 2012 03:48
Last Modified:03 Jan 2012 09:07

Repository Staff Only: item control page