Noordin, Shaharom and Adrus, Norliza Kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah. UNSPECIFIED, 4 . (Unpublished)
|
PDF
85Kb |
Abstract
Penyelidik telah menggunakan alat kajian yang dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mengawal Pembolehubah dan Membina Hipotesis dengan nilai kebolehpercayaan ?=.87. Alat kajian ini mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum, minimum serta peratus telah digunakan sebagai tatacara menganalisis data. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan memperlihatkan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan membina hipotesis adalah sederhana. Terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan membina hipotesis merentas jantina iaitu sederhana bagi pembolehubah lelaki dan baik bagi pembolehubah perempuan. Terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengawal pembolehubah dan membina hipotesis merentas program pengajian iaitu sederhana bagi pembolehubah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Sains)-Program Khas Pensiswazahan Guru dan baik bagi pembolehubah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Sains)-Perdana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kefahaman kedua-dua kemahiran yang dikaji masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 20996 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 03 Jan 2012 03:16 |
| Last Modified: | 03 Jan 2012 09:08 |
Repository Staff Only: item control page

