Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna’

Md. Salleh, Shaharuddin and A. Rahman, Nornajidah Modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna’. UNSPECIFIED, 4 . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
77Kb

Abstract

Modul ini terbahagi kepada empat bab yang terdiri daripada elemen-elemen rekaan, prinsip-prinsip rekaan, perihal warna, serta penggunaan dan pemilihan warna. Jawapan kepada permasalahan hanya akan diketahui setelah pelajar menyelesaikan aktiviti dan membaca nota yang diberi. Penilaian secara tidak formal telah dijalankan ke atas lima responden yang terdiri daripada pelajar yang mengambil subjek berkaitan pembangunan aplikasi multimedia dan web dan tiga orang pakar untuk menilai penerimaan terhadap penggunaan modul ini. Penilaian yang dijalankan mendapati bahawa para pelajar bersetuju dengan penggunaan modul pembelajaran ini memberikan implikasi yang positif dalam aspek yang dikaji oleh penyelidik dan ianya amat membantu pelajar dalam memahami dan memberi pengetahuan dalam topik ini. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang masih perlu dipertingkatkan lagi untuk menjadikan modul ini lebih tinggi kualitinya. Dengan adanya modul ini, diharapkan pelajar memperolehi manfaat serta menjamin ruang pembelajaran yang lebih selesa bagi memenuhi keperluan pembelajaran masing-masing.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:20958
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:29 Dec 2011 08:19
Last Modified:03 Jan 2012 01:35

Repository Staff Only: item control page