Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penghayatan Nilai-Nilai Murni Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Semasa Menjalankan Kerja Amali Bengkel

Buntat, Yahya and Sanapi, Rozita (2003) Tahap Penghayatan Nilai-Nilai Murni Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Semasa Menjalankan Kerja Amali Bengkel. Jurnal Teknologi E (39E). pp. 63-76. ISSN 0127-9696

[img] PDF
477Kb

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau tahap penghayatan nilai-nilai murni para pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia semasa menjalani kerja amali di bengkel. Kajian ini melibatkan sejumlah 92 sampel kajian yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun satu dan tahun tiga Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) 1997/1998. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada semua sampel yang terlibat. Hasil kajian mendapati para pelajar tersebut mempunyai tahap penghayatan yang tinggi dan bersikap positif. Bagaimanapun, beberapa aspek nilai-nilai murni didapati mendapat peratus penghayatan yang rendah dan perlu diberi perhatian semasa proses pembelajaran dijalankan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memantapkan lagi amalan penghayatan nilai-nilai murni yang telah dilaksanakan.

Item Type:Article
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:2089
Deposited By: Pn Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:22 Mar 2007 07:11
Last Modified:08 Nov 2010 07:18

Repository Staff Only: item control page