Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan taburan pareto umum dalam menganalisis nilai ekstrim banjir menggunakan siri aliran puncak melebihi paras

Shabri, Ani (2003) Penggunaan taburan pareto umum dalam menganalisis nilai ekstrim banjir menggunakan siri aliran puncak melebihi paras. Jurnal Teknologi C (39C). pp. 43-52. ISSN 0127-9696

[img] PDF
504Kb

Abstract

Siri banjir tahunan maksimum (Annual Maximum, AM) merupakan pendekatan yang begitu terkenal dalam analisis frekuensi banjir. Siri puncak melebihi paras (peaks over threshold, POT) telah digunakan sebagai alternatif kepada siri banjir tahunan maksimum. Masalah utama dalam pendekatan POT adalah berkaitan pemilihan paras yang sesuai. Dalam kajian ini, kesan perubahaan paras bagi siri POT ke atas nilai anggaran dikaji. Model POT dengan andaian bahawa bilangan puncak melebihi paras bertabur secara Poisson dan magnitud puncak melebehi paras tertabur secara Pareto Umum (General Pareto Distribution, GPD) dibincangkan. Parameter taburan GPD dianggar menggunakan kaedah kebarangkalian pemberat momen (Probability Weighted Moment, PWM) untuk paras yang diketahui. Perbandingan kesesuaian model POT dan model AM dalam menganggarkan nilai hujung atas taburan dibuat. Hasil kajian menunjukkan bahawa apabila paras siri POT boleh disuaikan oleh taburan Pareto dengan proses Poisson, model POT didapati dapat menghasilkan anggaran nilai hujung atas taburan lebih baik berbanding model aliran maksimum.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Siri puncak melebihi paras, proses poisson, taburan pareto umum, GEV, hujung atas taburan
Subjects:Q Science > QA Mathematics
Divisions:Science
ID Code:2067
Deposited By: Pn Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:22 Mar 2007 01:15
Last Modified:02 Jun 2011 09:24

Repository Staff Only: item control page