Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan bekerjasama dalam komuniti setempat : kepentingannya menurut perspektif Islam

Marni, Nurazmallail and Mohamed , Ahmad Kilani and Hashim, Normala and Abu Nasir , Ruzana (2004) Amalan bekerjasama dalam komuniti setempat : kepentingannya menurut perspektif Islam. In: Seminar Antarabangsa Nilai Dalam Komuniti Pasca Modenisme Sivic, 4-6 September 2004, Langkawi, Kedah Darul Aman.

[img] PDF (Abstract)
9Kb

Official URL: http://repo.uum.edu.my/1761/1/2.pdf

Abstract

Dalam era pasca modenisma, semakin ramai yang bersikap individualistik lantaran saling berlumba-lumba mengejar kebendaan. Mereka hanya memikirkan cara menyempurnakan kehidupan dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginan tercapai. Hak dan keperluan orang lain diabaikan. Akibatnya, ada yang tidak mengenali jiran apatah lagi memberikan bantuan kepada yang bermasalah. Sesetengahnya berfikir bahawa tidak perlu mencampuri hal orang lain dan sebaliknya. Mereka turut terpengaruh dengan fahaman kapitalisme iaitu setiap orang adalah bertanggungjawab terhadap nasib dirinya sendiri, bebas dalam segala tindakan terhadap harta bendanya. Kesannya, orang-orang kaya merasa tidak dipertanggungjawabkan untuk membantu golongan miskin. Pihak majikan pula tidak menghiraukan kebajikan pekerja bawahan malah mengambil kesempatan atas kelemahan pekerja dengan memeras tenaga dan memberikan upah yang tidak setimpal. Dalam institusi perkahwinan, isteri dipertanggungjawabkan dengan urusan di rumah sementara suami keluar bekerja mencari nafkah. Bersandarkan anggapan bahawa tugas di rumah adalah mudah, suami hanya duduk bersantai, sementara si isteri begitu sibuk dengan urusan yang banyak. Keadaan ini seringkali menimbulkan ketidakpuasan hati isteri dan akhirnya timbul pergolakan dalam rumahtangga hingga menyebabkan penceraian atau pergaduhan. Kebiasaannya, kebajikan anak-anak terabai. Jika masalah tersebut tidak ditangani dengan baik, anak-anak akan mudah terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Artikel ini akan mengupas beberapa bentuk kerjasama yang harus wujud dalam keluarga dan komuniti setempat. Antaranya ialah kerjasama antara suami dan isteri dalam rumahtangga, kerjasama antara sanak saudara, kerjasama masyarakat setempat dalam membuat kebajikan, mencegah kemungkaran dan kerjasama dalam mewujudkan jaringan perniagaan. Dalil-dalil mengenai kepentingan bekerjasama dan kisah-kisah teladan turut dibincangkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:cooperation, neighbourhood, islamic
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:20370
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:11 Jun 2014 00:58
Last Modified:11 Jun 2014 01:00

Repository Staff Only: item control page