Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendekatan kaunseling kelompok untuk menangani masalah emosi di kalangan anak-anak yatim di asrama pertubuhan anak-anak yatim Negeri Johor

Ahmad, Roslee (2004) Pendekatan kaunseling kelompok untuk menangani masalah emosi di kalangan anak-anak yatim di asrama pertubuhan anak-anak yatim Negeri Johor. In: Seminar Kebangsaan PBW ke-22, 2004, Bangi.

Full text not available from this repository.

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau jenis-jenis masalah emosi di kalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Asrama Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor, iaitu di daerah Johor Bahru, Mersing dan Kota Tinggi, Johor. Di samping itu, penyelidikan ini turut bertujuan menggunakan pendekatan kaunseling kelompok bagi menangani permasalahan emosi dikalangan anak-anak yatim dan mengenalpasti kesan yang dialami mereka selepas menerima rawatan kaunseling kelompok. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Seramai 3 orang kaunselor profesional terlibat sepanjang sesi kaunseling kelompok dengan 30 kes studi yang berumur antara 13 hingga 15 tahun dari 3 daerah yang dipilih tersebut. Pemilihan kes berfokus kepada mereka yang mempunyai permasalahan emosi sahaja. Untuk menepati kriteria klien, Mooney Problem Check List digunakan diperingkat pra kajian. Sumber lain yang digunakan dalam kajian ini iaitu dokumentasi, rekod, temubual, dan pemerhatian. Rawatan kaunseling kelompok dilakukan bagi merawat permasalahan emosi klien. Keputusan kajian mendapati bahawa anak-anak yatim mempunyai permasalahan emosi iaitu memerlukan kasih sayang daripada penjaga, mengalami tekanan hidup dan sering berasa tidak berpuas hati. Oleh itu, cara-cara untuk menangani permasalahan emosi adalah dengan cara mengubah sikap, mewujudkan hubungan mesra dengan penguasa asrama, kakitangan asrama, rakan-rakan sebaya dan meningkatkan disiplin diri. Selepas menerima rawatan kaunseling, anak-anak yatim mempunyai fikiran terbuka, mempunyai sikap saling bekerjasama, yakin diri dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:Unspecified
Divisions:Built Environment
ID Code:20305
Deposited By: Mrs Liza Porijo
Deposited On:08 Aug 2017 08:05
Last Modified:08 Aug 2017 08:51

Repository Staff Only: item control page