Mohd. Noor, Norani and Mohamad, Haslina Faktor pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana. UNSPECIFIED, 4 . (Unpublished)
|
PDF
90Kb |
Abstract
Kajian ini telah dijalankan terhadap majikan di industri sederhana (kejuruteraan mekanikal) di sekitar daerah Johor Bharu bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pemilihan dalam pengambilan pekerja OKU (fizikal). Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 10 orang majikan sekitar Taman Gembira, Johor Bharu. Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah nilai ? = 0.843. Analisis data dilakukan secara peratus, frekuensi dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek utama yang dititikberatkan oleh majikan dalam pengambilan pekerja OKU (fizikal) ialah aspek kemampuan fizikal dan mental (80 peratus) diikuti oleh aspek kemahiran generic (78.4 peratus), aspek kemahiran teknikal (71.6 peratus) dan akhir sekali ialah aspek kelayakan (66 peratus). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa majikan memiliki pandangan positif terhadap pekerja OKU (fizikal) untuk menempatkan diri mereka di industri sederhana.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 20265 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 27 Dec 2011 03:33 |
| Last Modified: | 02 Jan 2012 10:03 |
Repository Staff Only: item control page

