Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan pengajaran mikro terhadap kemampuan guru dalam menjalani latihan mengajar

Ahmad Zanzali, Noor Azlan and Abd Wahab, Norzawati Keberkesanan pengajaran mikro terhadap kemampuan guru dalam menjalani latihan mengajar. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan Pengajaran Mikro terhadap kemampuan guru pelatih di Jabatan Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai semasa menjalani latihan mengajar. Matlamat kajian ini adalah berpandukan kepada empat objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti tahap kemahiran penulisan rancangan pengajaran, tahap kemahiran penyampaian pengajaran, tahap menyediakan bahan bantu mengajar dan yang terakhir peranan kelas pengajaran mikro dalam membantu pelajar semasa menjalani latihan mengajar. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian melibatkan 80 orang guru pelatih 3 SPC, 3 SPF, 3 SPM dan 3 SPN. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan Perisian Window Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0. Kajian ini menggunakan ujian statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat objektif yang dikaji mempunyai min yang tinggi dan yang paling tinggi adalah kemahiran menyediakan bahan bantu mengajar. Secara keseluruhannya, guru pelatih mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam pengajaran mikro dan mampu untuk mengaplikasikannya semasa latihan mengajar.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:20215
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:25 Dec 2011 17:42
Last Modified:25 Dec 2011 17:42

Repository Staff Only: item control page