Morazuki, Syahrul Ridhwan and Saarani, Suhaila Tahap Kekuatan Mental Atlet Karate. unspecified, 4 . (Unpublished)
|
PDF
50Kb |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menguji dan membandingkan tahap kekuatan mental terhadap prestasi atlet karate. Subjek yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 8 orang (5 lelaki dan 3 perempuan) yang menyertai pertandingan di peringkat universiti. Atlet yang terlibat dibahagikan kepada kumpulan atlet berpengalaman melebihi 4 tahun dan atlet berpengalaman kurang daripada 4 tahun. Soal selidik kekuatan mental (MTQ) digunakan dalam kajian ini. Di dalam soal selidik kekuatan mental, 5 kriteria iaitu kebolehbalikan kesilapan, kawalan tekanan, tumpuan, keyakinan dan motivasi diuji. Hasil dapatan mendapati atlet berpengalaman lebih daripada 4 tahun mendominasi 3 kriteria iaitu kebolehbalikkan kesilapan, kawalan tekanan dan tumpuan berbanding atlet tahap pengalaman kurang daripada 4 tahun hanya mengatasi bagi kriteria motivasi.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 20181 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 24 Dec 2011 14:39 |
| Last Modified: | 24 Dec 2011 14:39 |
Repository Staff Only: item control page

