Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya

Abu Bakar, Zainudin and Muhamad Nor, Nor Hisham Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya. UNSPECIFIED, 4 . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
84Kb

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan mengkaji pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH). Ia bertujuan untuk melihat hubungan antara pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar. Data-data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for Social Sciences for Windows (SPSS) Version 13.5”. Statistik deskriptif telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru KH lebih gemar menggunakan pendekatan pengajaran secara induktif berbanding pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah. Didapati juga tiada hubungan yang signifikan wujud di antara pendekatan pengajaran dengan tahap pencapaian pelajar.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:19937
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Dec 2011 09:38
Last Modified:19 Dec 2011 09:38

Repository Staff Only: item control page