Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Royo, Mohamad Abdillah and Mohamadon, Nurhafiza Persepsi Pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. UNSPECIFIED, 4 . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
73Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar-pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) terhadap proses pengajaran dan pembelajaran program Sijil Teknologi Elektrik Domestik dan Industri. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pengaplikasian kemahiran amali, pengaplikasian pengetahuan daripada segi pengetahuan teori dan pengetahuan umum, kemudahan yang disediakan, pendedahan maklumat kerjaya dan pendedahan berhubung pihak industri. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for Windows versi 13.0 untuk mendapatkan nilai taburan kekerapan, peratusan dan min. Hasilnya, didapati nilai alpha yang diperoleh 0.9197. Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar-pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) terhadap proses pengajaran dan pembelajaran program Sijil Teknologi Elektrik Domestik dan Industri adalah bersifat neutral

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:19927
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Dec 2011 08:47
Last Modified:19 Dec 2011 08:47

Repository Staff Only: item control page